Review Cameron Highlands 2019
Assalamualaikum,lamaaaa nau tak tulis, so just nak sharing sikit.. ni tips from my point of view..buat sesiapa yang tengah cari review untuk pergi cameron highland bagi tahun 2019 aku harap sedikit sharing ni dapat membantu.. Ni summary tips sepanjang dekat sanaπ
Tips
1) Bagi orang yang tak tahan sejuk macam aku and family, better bawak baju sejuk and comforter,and also stokin..malam sejuk tak hingat.tapi kitorang stay dekat golden hills memang dekat atas bukit nun, mungkin tempat lain tak sejuk sangat..
2) baby boleh beli baju bear mcm fateh pakai ni…selesa sebab tutup kaki and kepala. Beli dekat shopee je n murah
3) Bagi yang bawak family ramai or konvoi ada anak kecik, better lalu simpang pulai pergi dan balik. kami lalu tapah waktu malam, takda banyak lori selisih tapi ramai sedia maklum jalan tapah memang sangat teruk, jalan kecik, malam takda lampu dan anjing banyak dekat jalan. bila konvoi dengan line phone takda, so susah nak track family member yang lain.
4) Kalau nak makan nasi lemak abang strawberry better pergi pagi2 kul 8 kot..sebab jalan nak pergi sana sempit, parking susah and ramai orang…suggestion tempat lain yang agak sama rasa adalah di taman apple cameron (TAC) sedap jugak, tempat besar and banyak parking.
5) Ladang teh BOH sg palas jalan mmg sangat sempit n jalan pn banyak lopak..tapi worth it sebab pemandangan mmg cntik, tapi jauh kedalam.better beli teh BOH dekat ladang teh ni sebab murah je..boleh dapat rm10..dekat KEA farm RM16..boleh try perisa lemon tea dan peachh..sangat sedap dan puas hati…ada 3 ladang teh dekat cameron..kalau tak suka sesak, better pergi cameron valley, tapi sis tak minat teh dekat situ.
6) Malam jumaat dan sabtu ada pasar dekat golden hill, mmg bawah apartment kami..bagi aku pasar agak tak menarik,..takda banyak makanan pun..last2 kami keluar cari mknn lain..kalau nak beli sayur better pergi KEA farm boleh dapat semurah 7 jenis sayur rm10.kalau nak pergi pasar , better sabtu malam. sabtu malam lagi banyak kedai buka compare jumaat malam.
7) Wajib pergi ladang teh, lavender, orchid and rose garden..kalau pergi sini and ada orang nak ambik gambar jangan terpedaya ye.contoh dekat lavender, diorang approach ambik gambar banyak2 and siap individual for family and banyak pose..so mmg sayang kalau tak beli..total semua gambar rm300 dapat pendrive and print 5 gmbar..agak mahal sebenarnya, dari ko print sendiri kan..kami ada 5 family so total rm60 satu family…memories tu yg nak simpan..so kami beli..sapa2 yg on budget, so hati2 la..dekat semua taman akan ada org approach untuk ambil gambar.
8) Sangat tak suggest pergi taman rama2..dengan tiket dewasa rm 7 sangatlah tak berbaloi..rama2 mostly rama2 yang sama.better pergi orchid and rose garden dulu..banyak bunga n totally satisfied. ni gambar dekat orcid and rose garden.
9) Aku suggest makan steamboat dekat highland steamboat cheese and grill.sangat puas hati dengan harga rm35 dewasa dan rm20 kanak2.kambing, danging dan ayam ada 4 jenis perapan kambing sangat sedap kalah seoul garden.hoho.sis lepak makan sampai 3 jam sebab kami suami isteri mmg gila kambing..boleh mkn strawbery coklat, jagung susu, boleh buat mcmchocojar tu, makan sampai puas. Boleh buat float, abc, ada air gas da n lebih 7,8 jenis air..ada nasi goreng dan mee goreng jugak.
10) Nak petik strawberry halal boleh cuba cari dekat YZ AGRO FARM dan area2 situ.boleh try mkn scone strawberry yg famous dekat situ..but sis rasa biasa je..kami petik sekilo rm50..
![]() |
| Fateh dah mengantuk πͺ |
11) Dekat kea farm byk sgt kedai strawberry.sis cadangkan cari strawberry yg besar dn manis..dari ambik yg kecik dan masam , tak de sapa pun makan..dan akhirnya terbuang dlm tong sampah.
12) Kalau korang pergi weekend or cuti sekolah better rancang perjalanan elok2..aku cadangkan belah pagi pergi belah tanah rata (cameron valley, agrotech-mardi), then pergi kg sedia ada kebun strawbery untuk yang nak petik strawbery (KHM,YZ agrofarm, nasi lemak abang strawberry yg viral tu pun dekat sini) then esk ke boleh proceed belah brinchang (cactus point, orchid and rose garden, bee farm, kea farm,ladang teh sg palas, lavender) kalau nak balik lalu simpang pulai, belah2 brinchang ni boleh pergi waktu nak balik..ni pandangan sis la.hehe
Tips untuk bawak anak kecik
- Bawak carier sebab banyak tempat sempit, susah kalau nak bawak stroller
- Gerak malam so that baby boleh tidur
- Bawak baju tebal untuk malam, siang pakai lengan panjang sebab takde la sejuk sangat..tapi angin sejuk..bawak topi.
tu je kot tips yang aku boleh bagi..detail kisah kami ke cameron, aku akan update nanti..panjang lebor nak cite untuk kenangan sampai bila2π










Comments
Post a Comment