Checklist barang keperluan bayi dan ibu
Preparation barang baby
Sis beria buat senarai ni pun sebab adik sis tengah pregnant dan dia sibuk suruh sis senaraikan barang yang sis beli dan mungkin rujukan untuk anak yg ke 2 mungkin..haha..moga ada manfaat buat mereka yang sedang membuat preparation menimang cahaya mata.moga segalanya dipermudahkan..amiinnn
sis dan husband agak lambat prepare beli barang babyy..kandungan masuk 8 bulan baru nak search cari barang apa yang perlu di beli..ni antara tips yang boleh diguna
- Elak beli baju baby saiz ‘ newborn’ yang warna kuning..menurut mak sis, semua barang babby (selimut, towel,dll) yang akan dipakai oleh babby, seboleh2 nya elak warna kuning..sebab bagi mereka, nak elak baby terkena kuning atau kuning tu boleh berpanjangan. Bagi sis, selagi tak menyusahkan, sis follow je apa2 nasihat dari yang lebih tua. kalau size 3 atau 6 month tu, ok je beli warna kuning.
Senarai barang yang boleh dibeli
- beli baju rompers size newborn 3 pasang ( beli dekat FOS) sbb ada promo time tu
- baju lengan panjang dan seluar panjang 1 pasang,
- lengan pendek dan seluar pendek 2 pasang (beli dekat aeon/parkson)
- baju lubang2 ni penting sebab malaysia ni kan panas, beli 3 pasang (sis beli dekat kedai Marredz moms bangi gateway 3 helai rm10) barut besar pun ada jual dekat sini.
| ni lah baju lubang2, 3 rm10 |
Hasil pemerhatian sis dan sis dah pergi hampir semua tempat jual barang baby dan compare the price, tempat yang paling berbaloi pergi dan banyak pilihan adalah di butik manjaku presint 15 putrajaya. Sebab dekat situ ada macam2 brand, so korang just need to compare price dan quality dalam tu sahaja.Barang2 yang sis beli dekat sana adalah
- towel baby (pilih yg berkualiti, sbb dia boleh pakai lama)
- Baju lubang2 warna putih(boleh bawak keluar jalan)
- Topi pakai untuk bawak balik dari hospital (fateh hanya pakai 2 kali je rasanya, di sebabkan malaysia ni panas dan fateh kuat berpeluh, so topi mmg tak guna sangat pun)
- beli set mandian yang ada shampoo, losyen dll.sis beli jenama anakku..beli kecik senang nk bawak pergi mana2
- beli sarung tangan dan sarung kaki 3 pasang (mitten and booties) untuk elak baby cakar muka sebab kuku baby panjang dan maknye pun tak berani nak potong kuku baby yang tengah halus. Tapi sarung tangan pakai sampai 2 bulan sahaja atau less, sebab tangan baby perlu diransang untuk bergerak.
- sapu tangan baby ( untuk lap muntah susu dll)
- beli sabun basuh baju baby jenama fiffy.wangi sangat..beli saiz yang besar sebab semua baju ni perlu dibasuh sebelum baby pakai.
- alas tilam baby (Waterproof Baby Mattress Protector) yang ni penting sebab macam fateh, selalu terkencing lepas mandi, tak sempat pakaikan pampers lagi. So, jika pakai alas waterproof ni, boleh la lap je. Nasib baik husband jumpa warna purple.
| alas tilam baby waterproof |
- bantal baby yang ada lekuk tengah tu pun penting ( macam gambar atas ni)
- wet tissue- bagi pendapat saya, sepanjang pantang, better beli wet tissue jenis botol sebab lagi senang nak guna compare dengan yang bekas dlm plastik.beli jenama fiffy murah, rm16 dapat 3.
* baby memang cepat sangat membesar, so saya suggest tak perlu beli baju banyak untuk persediaan awal ni..lagipun, macam kes saya banyak sedara kawan2 bagi baju baby newborn..so kalau baju banyak sangat, dapat pakai sekali 2 sahaja dan baby da tak muat, memang membazir la..sebaiknya, beli sedikit dahulu, apabila baby lahir, baru tambah baju apa yang patut..lagipun ibu kan tengah pantang, boleh suruh ayah belikan apa2 barang baby yang patut
- Beli minyak telon warna hijau atau pink untuk elak baby kembung, wajib beli ye..penting (kedai runcit)
bau pun wangi, alhamdulillah setakat ni fateh tak pernah lagi kembung - spray sederhana untuk bersihkan poopoo babby(kedai eco rm2)
- pampers kami memang beli dekat 99 speedmart, ada time2 memang harga pampers lebih murah dari tempat lain.alhamdulillah fateh pakai pampers drypers, tak pernah pulak rashes
- barut baby better beli yang size besar sbb dapat guna untuk kesuluruhan badan baby dan baby cepat membesar. Mcm sis tak tahu pun mula2, beli yang kecil, x guna pun..membazir je. Barut ni untuk elak baby kembung, so kalau barut tu tak dapat tutup kesuluruhan perut baby, buat apa je pakai kan? Barut pakai sampai baby 3 bulan atau selagi muat..kalau da tak muat, x yh pakai kan da
Barang yang beli online
- napkin besar RM7.60 (penting beli yang besar supaya boleh dijadikan bedung baby dan towel sekiranya towel yang lain basuh.napkin besar ni bila bedung baby susah nak tertanggal and baby boleh pakai bedung agak lama walaupun dah besar..
fateh tidur lena setelah dibedung 😍 Sis beli dekat sini - sapu tangan (beli dekat kedai online yang sama macam dekat atas rm0.90 sahaja)
- maternity pants RM33, disebabkan semua seluar tak muat, maka sis pun gigih la mencari maternity pants. disebabkan dekat kedai and online lain agak mahal jadi sis pun cari lah di shopee. Sebab sis fikir maternity pants ni pakai time mengandung je, membazir kalau beli mahal2..haha, lagipun sis mmg penjima tegar pun..saya tak suggest orang yang berisi( berat badan naik mendadak) untuk beli maternity pants ni online, sebab kadang2 dapat tak sama dengan ukuran size yang diberi. Macam saya beli ni, seluar warna hitam memnag cantik dan sangat berbaloi beli, tapi warna coklat agak sempit di peha tapi saya muat je..
- nursing cover RM 15-cantik, murah dan berbaloi beli online

Boleh digunakan dimana sahaja😊

Sis beli rm15, kain tebal dan sangat berpuas hati - Nursing bra - disebabkan time mengandung saya dah banyak beli bra baru, jadi lepas bersalin baru saya tahu, perlunya beli nursing bra untuk memudahkan menyusu baby, dan ketika pump, sebab pump kena gantung dekat bra. Jadi saya beli online je, hanya rm5 dan diluar harga rm30 ke atas untuk kualiti yang sama. Cuma perlu hati2 pilih size bra. Ukuran size yang diberi kadang2 tak sama, perlu tgk review orang di shopee.mcm saya, saya ambil size paling besar baru selesa pakai. Ada 3 jenis nursing bra saya try, dan yang paling selesa adalah yang butang kt depan..depends juga minat masing2.saya tak minat yang klip di atas sebab nipis, takut basah pula time susu tengah banyak.
Yang ni mahal sikit, tetapi selesa, jenis kain pun best.cuma saya tak guna bra ini untuk pam susu
Lebih murah, cuma tiada span, dan saya tidak berminat jenis klip gantung macam ni
Bagi saya lebih selesa butang di depan senang untuk menyusu dan pam susu.
- set bersalin nona roguy RM215- hasil review yang saya baca di google dan pengalaman orang, set bersalin nona roguy paling bagus cuma agak mahal.saya ada tanya di kedai, harga boleh mencecah rm300 lebih ke atas.harga di shopee lebih murah dan dapat set original. Set bersalin saya akan review di coretan yang lain..bam herba saya letak di tengkuk dan dahi, boleh guna macam minyak angin biasa.
Harga lebih berbaloi, dan sangat puas hati
- tungku batu sungai RM 15~20 - pada mulanya saya pakai tungku besi, ada kawan bagi pinjam.tapi mak saya kurang suka dengan tungku besi sebab panas dekat tungku tu cepat hilang compare dengan batu sungai.tungku pun kami beli online.hehe, tapi puas hati, panas batu kekal lama, dan masih boleh guna sampai sekarang.tapi lagi besar batu, lebih mahal sedikit.
| Tungku batu sungai lebih sesuai digunakan ketika pantang, panas tahan sehingga 4 jam |
Breastfeeding pillow RM38- bantal ni memang sangat berguna untuk saya.dekat Tesco harga boleh cecah rm100, paling murah jumpa pun rm60..tu yang mcm terkejut dekat shopee just rm37 sahaja..bantal ni sangat berguna lagi2 dalam kereta dan travel jauh.lenguh tangan nak menyusu anak, so guna bantal ni je letak dekat pinggang then kepala baby boleh letak atas bantal.
![]() |
| Cara pengunaan nursing pillow |
Drypers- selalunya spampers beli dekat 99speedmart.tapi bila kadang2 shopee buat promo, sis beli je terus.kira2 la dulu b4 beli, biasanya saya akan beli pampers kurang dari 40 sen.
Sapu tangan RM1.20- saya suka beli jenis bib, sebab takdela senang nak hilang dan boleh pakai ketika baby da mula makan.ada klip dekat belakang so, takde senang hilang
| Harga sangatmurah, cuma perlu hati2, ada jenis corak kain cotton yang nipis dan tak berbaloi untuk beli |
| Kain selesa dan corak pun cantik😉 |
- Mandian herba RM 12.2- disebabkan susah nak buat sendiri, mak saya suruh beli online je.semua daun ada.mak saya campur mandian herba ni dengan daun serai wangi.masa mandi memang wangi.
| bahan mandian ketika pantang, campuran serai wangi daun pandan, asam jawa dan daun mandian herba💖 |
alatan penyusuan - ketika pantang sis dah mula ajar susukan fateh menggunakan botol, sebab sis akan masuk kerja.jadi ini adalah alatan penyusuan yang sis beli di shopee.warmer untuk panaskan susu. manual silicon sangat membantu untuk kumpul susu, cuma kena hati2 agar susu tak tumpah bila dah penuh didalam silicon tersebut. untuk checkup baby, sis selalunya tak ikut, jadi susu hasil pam sangat diperlukan untuk diberi kepada fateh.
itu sahaja perkongsian sis untuk kali ini, moga mendapat manfaat.terima kasih kerana membaca😊







Comments
Post a Comment