List barang keperluan baby dan ibu ke hospital sebelum bersalin
Assalamualaikum. Sis nak update entry tentang list keperluan newborn dan barang2 keperluan ibu sebelum ke hospital. Entry ni untuk adik sis yang tengah menunggu saat2 kelahiran syifa humairah (da siap nama ok , dan rujukan sis untuk masa akan datang .
Kita mulakan dulu dengan barang-barang newborn yang betul-betul penting nak bawak ke hospital. Sis mula kemas2 barang time kandungan berumur 8 bulan. Sis da kaji semua blog, tanya mak, tanya orang yang lebih berpengalaman dll akhirnyaa baru lah sis dapat concludekan dalam satu list.harap dapat memberi rujukan kepada yang sedang mengemas barang baby… jap nak bebel sikit,
yang ni penting sejujurya time sis kemas sis dan suami tak decide nak bersalin dekat mana. Maka kami kemas based on pengalaman orang lain, tapi lastly kami decide untuk sis bersalin swasta dekat KPMC kajang (nanti sis buat entry lain pengalaman bersalin di KPMC). sekiranya bersalin di hospital kerajaan memang agak banyak keperluan ibu dan baby perlu di bawa.tetapi sekiranya bersalin swasta, barang baby memang tak guna langsung, kecuali waktu balik sahaja (beria sis kemas2 sekali tak guna pun) sebab dari mula lahir, semua keperluan baby akan diuruskan oleh pihak hospital..towel,bedung, mitten,baju, pampers dll semua guna hospital punya.
Malam pertama lepas bersalin, pihak hospital bagi pilihan baby dijaga oleh nurse di bilik jagaan bayi atau ibu nak jaga..disebabkan ni pengalaman pertama sis, maka nurse yg jaga..sbb sis tengah menanggung kesakitan bius jahitan dah habis ((Ini pengalaman sis bersalin di KPMC, di hospital swasta lain mungkin sama juga. Jadi tak perlu bawa banyak barang ke hospital. Ok so, kita boleh mulakan
Malam pertama lepas bersalin, pihak hospital bagi pilihan baby dijaga oleh nurse di bilik jagaan bayi atau ibu nak jaga..disebabkan ni pengalaman pertama sis, maka nurse yg jaga..sbb sis tengah menanggung kesakitan bius jahitan dah habis ((Ini pengalaman sis bersalin di KPMC, di hospital swasta lain mungkin sama juga. Jadi tak perlu bawa banyak barang ke hospital. Ok so, kita boleh mulakan
Apa perlu dibuat sebelum ke hospital.
1. Pakai baju lengan panjang dan sweater
2. Pakai kain batik
3. Pakai selipar je senang
4. Pakai spender pakai buang dan pad (sekiranya dah keluar tanda darah)
5. Stokin
6. Buku merah/pink checkup bulanan
7. IC
8. Makan telur setengah masak 3 biji, dan air kopi pekat segelas untuk tenaga waktu teran.petua dari mak sis.
Untuk ibu dan baby dalam labour room: (letak siap-siap dalam 1 beg, maksudnya akan ada 2 beg : 1 beg untuk labour room, 1 beg untuk baju baby dan baju ibu. Kalau dekat KPMC bawak baju baby untuk balik sahaja..baju2 lain tak perlu bawa)
1) Baju baby lengan panjang-1
2) Mitten n booties-1
3) Pampers-at least 1
4) Barut-1
5) Bedung-1
6) Stokin ibu-1
7) Towel kecil-1
8) Kurma nabi
9) Air zam-zam
10) earphone, phone dan powerbank (sangat2 membantu untuk sis, lagi2 tengah sakit contraction yang teramat..sis dengar ayat alquran dan tidur dari bukaan 2 cm ke 9 cm, dari pukul 7 pagi sampai pukul 12 tengahari)
11) minyak angin untuk ibu, pening2 nak bersalin tu
12) Pump silicon dan botol- beli dekat shopee murah. if baby hisap sebelah, sebelah lagi kn banyak keluar..guna silicon pump ni untuk tadah and simpan dlm botol (kena bagi suami bawak balik, sebab if susu biarkan dekat luar lebih 4 jam, da kena buang) baby tak digalakkan bagi minum dalam botol untuk awal kelahiran bagi mengelakkan nipple confuse.
Untuk baby kat wad:(semua baju yang beli, jangan lupa basuh dengan sabun basuh baju baby dulu ye, takut kulit anak sensitif)
1) Pampers newborn. - beli pek yang kecik, laki sis beli jenama drypers, beli dekat 99 speed mart je paling murah. Drypers bagi pendapat sis, memang sangat puas hati, susah nak bocor tebal ..baby pun tak ruam. Better beli sikit dulu, tgk sesuai ke tak untuk baby baru beli banyak okeys.
2) Baju siang (lengan pendek atau lubang2) - 3 helai
3) Baju malam (lengan panjang )- 2 helai
4) Towel mandi
5) Sapu tangan -2 helai
6) Sarung tangan dan sarung kaki baby -4 pasang
7) Barut -2 helai
8) Bedung -2 helai
9) Topi baby-2
10) Set mandian dan grooming (pek kecil)
11) minyak kayu putih untuk elak kembung
12) botol sembur air yang kecik untuk basuh yak2
13) Wet Wipes -1 pek (lepas da sembur dengan air, baru lap dengan wet tisue)
14) changing mat untuk tukar pampers baby , kalau terpancut, boleh lap je.
15) bantal baby yang ada lekuk tu
TIPS
- Kan bila kite beli barang2 baby dapat banyak plastik kecik2, sis tak sempat nak beli zipper bag plastik IKEA, sis just guna balik plastik2 kecik tu (macam dalam gambar bawah ni) dan pack kan baju baby ikut hari..senang nak ambik je terus..lepastu plastik2 tersebut boleh terus dibuang,
- kalau guna drypers, boleh collect point .boleh log in drypers baby club , dapatkan point dekat dalam beg plastik drypers tu, key in dan collect point.
| point dalam plastik drypers |
| Antara ganjaran yang boleh ditebus |
Untuk ibu kat wad:
1) T-shirt lengan panjang -2 helai untuk balik, make sure bawak yang senang nak selak untuk menyusu (dekat KPMC just pakai baju hospital je, sebab warna purple so sis pun berbesar hati untuk pakai baju tersebut hehe)
2) handsock - sebab baju hospital tu lengan pendek, boleh la pakai handsock untuk tutup aurat
3) nursing cover - untuk segan if nak susukan baby
4) sweater -1 helai,pakai waktu nak pergi hospital. dalam labour room sejuk, tapi disebabkan sakit contraction, sis tak rasa sejuk..last2 laki sis yang beria pakai sweater.
5) Stoking tebal -2 pasang. stokin bola pun boleh
6) kain skirt (disebabkan sis tak mahir and tak confident, asyik takut terlorot je…maka nak keluar hospital tu sis pakai kain skirt je, senang)
7) Kain batik - bawak jugak sebab takut mak bising.hehe 2pasang
8) Nursing bra dan spender -3
9) Disposable panty -sepeket beli dekat mydin terbaik..kain pun tebal,bila basuh pun still tebal lagi..tapi sis buang je terus.dekat mydin sepeket rm10
10) Maternity pad- overnight dan wing (10 keping)
11) Towel mandi - 1 helai
12) Selipar nak senang, time pergi hospitl pakai je selipar terus.
13) Toiletries -berus gigi,ubat gigi,pencuci muka,sabun mandi, shampoo (pek kecil)
14) Tudung -2 (senang yang awning main sauk je)
15) plastik besar untuk simpan baju kotor
16) Getah rambut dan sikat untuk ikat rambut tinggi2 lepas bersalin
Makanan dan minuman: (penting, lepas bersalin, lapar gila)
1) Air minuman botol yang 1.5liter
2) Biskut
3) Termos
4) Tisu
5) Cawan dan sudu
6) Milo 3in1
7) Roti
Semoga bermanfaat dan selamat bersalin.moga allah permudahkan segalanya. Amin!







Comments
Post a Comment