Tips ke Zoo Negara selepas PKP 2021

Assalamualaikum, after longggggg time PKP akhirnya dapat juga rentas negeri. 

Alhamdulillah. Aku pergi minggu kedua lepas dibenarkan rentas negeri pada 16/10/2021 hari sabtu. Ingatkan orang dah balik kampung, tapi rupa2 nya memang ramai betul orang. Aku sampai zoo pada pukul 10.45 pg, tapi beratur sampai ke flyover . #tipszoonegara

tengok la panjang mana beratur ni

 So, disebabkan da lebih 15 minit kami tunggu tak gerak, suami sis perasan ada jejantas, so decide parking dekat area sebuelah jejantas tu, kena u turn balik. Harga pn quite ok, 4 jam rm4. Harga parking tiket masuk ke zoo adalah rm10 utk kereta. So agak berbaloi la, penat sikit naik jejantas je.
 

Tapi kalau datang petang dalam pukul 2 pn ok je. Tak jam sangat pn,parking pn dah banyak. Boleh try di PARKING B tapi x sure penuh ke tak. 

Antara tips yg sis rasa berguna lagi2 yang firstime bawa anak ke zoo adalah


  1. Nak murah beli dekat shopee, berbaloi2 dan murah. sis beli tiket time shopee bagi promo  tiket zoo dan aquaria rm15 sahaja. So just tambah harga anak je beli asing.

2. Better tgk ramalan kaji cuaca dulu.mcm sis pergi awal bulan 10, memang panas sangat2. Adik sis pergi hujung bulan 10 hujan lebat. Plan your time wisely. Kalau musim hujan bawak payung, kalau panas bawak banyak2 air😊. 

3. bawak stroller atau naik tram. Kalau ank jenis cranky bila penat, better bawak stroller. Tapi fateh jenis excited tgk animals, so dari satu tempat ke tempat lain dia lama sibuk memerhati binatang. Kalau mcm ni tak berbaloi la naik tram, berapa lama pulak kn org lain nk tggu kita😅
4. Kalau pilih nk berjalan, bawak air botol besar sikit, boleh letak kt stroller. Nak naik ke pameran panda tu berbukit sikit, so agak penat. Sis just bawak 1 botol air pn, still beli 2 botol air lagi. Lagi2 kalau panas terik. Fuhhh haus sangat. Harga air mineral 500ml dekat cafeteria pameran panda rm5.50, tp dekat tempat lain rm2.50

5. Bagi yg bawa ank kecik, bawak la topi / payung  dan kipas bagi anak selesa. 

6. Sis bawak bekal sandwich, lepas keluar dari pameran panda tu semua orang mcm lapar😂, fateh pun lapar so habis dia makan semua bekal yg saya bawa. 

7. Gambar dekat zoo negara ni mahal 6 keping rm200, zoo melaka murah la jugak. Boleh dapat rm15 kalau pandai tawar menawar. 

8. Ambik peta dekat pintu masuk atau download siap2 sebab zoo negara ni besar, so kita boleh tgk mana2 kawasan binatang yang kita x pergi lagi. Sis suggest lalu mula2 dari kaunter masuk ke belah kiri. Jumpa anak zirafah dulu. Lalu sini akan cepat sampai ke panda. tak pasti panda ada waktu tutup atau tidak. Waktu sis masuk pukul 12.30, staff yang jaga beritahu akan tutup pukul 12.45. 

Peta zoo untuk rujukan

Peta Aquaria 

Moga bermanfaat. Assalamualaikum 




Comments

Popular Posts