review bercuti ke pulau pangkor 2021 (November 2021)
Assalamualaikum
So pada 20/11/2021 kami sekeluarga telah pergi ke pulau pangkor. Tahun lepas saya pergi kami bertiga sahaja, so kali ni plan satu family besar bawak mak dan adik beradik. memang last minute tu pun sebab ada kekosongan di Rumah Peranginan Kerajaan Pangkor untuk sabu ahad. untuk gomen, memang tau lah berebut nak dapat sabtu ahad bukan senang. so boleh refer review ni untuk RPP Pangkor.
- Mostly, saya refer balik review tahun lepas BERCUTI DI PULAU PANGKOR 2020 sebab tak banyak beza, tapi boleh refer yg ni kalau pergi dengan family besar.
- Kalau nak tau mengenai keadaan terkini di Pangkor (Cuaca, cari sewa motor/kereta dll ) boleh refer FB page Netizen Pangkor Island
- untuk tahun ni kena beli tiket ferry secara online. so boleh cek jadual latest ferry dari jeti marina island ke pulau pangkor dengan mesej nombor ni PIC Jeti Marina Island (Ferry takkan tunggu kita, so dekat tiket akan ada code scan.kalau terlambat tiket akan burn. so better plan timing betul2 ye) seat dalam ferry tak ikut pun seat yang dinyatakan dalam tiket.so boleh duduk mana2
Total tiket pergi balik rm16.10 , simpan tiket balik tu ye nanti akan guna untuk balik. Tiket boleh beli disini Beli Tiket ferry
| Tiket Fery |
| Ferry Schedule |
- Sewa kereta untuk sabtu ahad kami dapat harga Kereta wira manual rm80, auto rm100, kami ambil kereta pukul 11.30pagi sabtu pulangkan ahad pukul 5ptg ada tambahan harga rm25. Harga sewa yg paling murah saya dapat dan owner pun sgt trusted dan baik . Boleh contact nombor ni Sewa kereta (Encik Jasni).
- Untuk sewa motor saya sewa di Nombor Sewa Motor .Brother ni pun ada buat sewa kereta juga. kena book cepat kalau tak melepas😁 . untuk extra hour akan di charge rm5/jam. Antara kereta dan motor yg brother ni ada seperti di bawah:
- KERETA VIVA AUTO (sehari rm80)
- SYM (sehari rm35)
- KRISS (sehari rm35)
- SCOOTER SUZUKI VS125 (sehari rm40)-skuter besar
- SCOOTER SUZUKI VR125 (sehari rm35)-skuter kecil
- Untuk sewa motor saya sewa di Nombor Sewa Motor .Brother ni pun ada buat sewa kereta juga. kena book cepat kalau tak melepas😁 . untuk extra hour akan di charge rm5/jam. Antara kereta dan motor yg brother ni ada seperti di bawah:
- KERETA VIVA AUTO (sehari rm80)
- SYM (sehari rm35)
- KRISS (sehari rm35)
- SCOOTER SUZUKI VS125 (sehari rm40)-skuter besar
- SCOOTER SUZUKI VR125 (sehari rm35)-skuter kecil
untuk aktiviti snorkeling dan island tour kami guna services Rosli Pangkor Water Sports . kedai berada di hujung sekali bedekatan dengan tandas awam. saya prefer disini sebab mereka sediakan kasut untuk snorkeling. batu /cengkerang di area snorkeling memang sangat tajam. so better pakai kasut yg disediakan. kami ada 7 orang dewasa 2 kanak2 ,total satu boat besar rm150. berbaloi untuk seorang rm21 . Harga ni sama untuk semua kedai sebab mereka ada persatuan rekreasi pangkor.yang membezakan adalah sama ada kanak2 perlu bayar dan set snorkeling diberi atau tidak.tube snorkeling perlu beli sendiri ye, tahun lepas harga rm15, tahun ni rm20😅. beli sendiri di shopee lebih untung.
Kami gerak seawal 7.30 pagi sebab ticket ferry pukul 11.15pagi. sampai di lumut pada pukul 10.45 pagi. memang ngam2 je sampai, kalau ada jam sepanjang perjalan berkemungkinan tiket kami akan burn. jadi plan betul2, kalau tak memang tiada mood dibuatnya.
11.30 sampai di jetty pangkor, kami ambil kereta sewa (isi minyak dulu ye, jika tak isi jauh kena pusing balik) dan terus ke teluk Nipah untuk lunch dan bawa budak2 main pantai sementara menunggu checkin RPP pukul 2 petang.
waktu petang kami rehat di RPP sementara menunggu raja dan acap . pukul 7 malam kami bergerak ke teluk Nipah untuk makan malam. kami makan di kedai makan "Makan Tepi Pantai ". Ada meja disediakan di tepi pantai, cuma waktu tu hujan renyai2 jadi kami makan di dalam sahaja. boleh call nombor ni if nak tau lebih lanjut Kedai makan tepi pantai. Kami pilih set c, untk 6 orang makan total rm165. pinggan setiap lauk agak kecil,tapi banyak kuantiti lauk.
sepanjang malam hujan memang lebat, tetapi dalam pukul 8 pagi dah berhenti hujan. kami lepak pantai betul2 depan RPP .dalam pukul 12 kami beli makanan dan gerak untuk snorkeling. takde ambil gambar pun sebab live in the moment 😅
sepanjang malam hujan memang lebat, tetapi dalam pukul 8 pagi dah berhenti hujan. kami lepak pantai betul2 depan RPP .dalam pukul 12 kami beli makanan dan gerak untuk snorkeling. takde ambil gambar pun sebab live in the moment 😅
Lepas snorkeling mandi siap2 untuk balik. toilet awam dekat teluk nipah banyak yang rosak, so saya decide pergi tandas awam area RPP . tak ramai orang pun bersih dan puas hati.
Next time boleh datang sini lagi. insha allah.


Comments
Post a Comment